Tuesday, August 9, 2016

Mengajar ICTL - Pendedahan Blog dengan blogger.com


Setelah aku cuba untuk install CorelDraw X8 gagal kerana PC di makmal ICTLdah uzur serta ram hanya 1GB sahaja. Tahun ini aku telah batalkan untuk pendedahkan pelajar kepada CorelDraw dan akhirnya aku buat keputusan untuk memberikan pendedahan kepada blog.

Masalah kepada blog pula berlaku apabila, line YES 1Bestari tak begitu stabil pada kebelakangan ini. "Slow nak mampus" kata orang. Ini membuat 'mood' mengajar aku makin menurun.

Blog walaupun kita dedah kepada pelajar, sangat sukar untuk pelajar memberikan komitmen selepas beberapa lama mereka meninggalkan subjek ini dan setakat ini tak ada pelajar aku yang pernah belajar buat blog bertahan sehingga beberapa tahun untuk menulis dan menggunakan blog.

Walau bagaimanapun pendedahan harus dilakukan dan pelajar akan diberikan tunjuk ajar secara asas sahaja. Mungkin satu atau dua orang akan menggunakan dan memanafaatkan sepenuhnya blog ini.

Itu harapan seorang guru, pendidik...

No comments:

Post a Comment